Thursday, May 21, 2009

Tips Menjaga Vagina Dengan Susu


Alat sulit yang sihat dan wangi bukan sahaja hanya membahagiakan pasangan, malah meninggikan tahap keyakinan seseorang wanita.

Antara cara menjaga kesihatan vagina ialah menggunakan rempah, mencuci dengan menggunakan air sirih atau rajin membasuh dengan cairan antiseptik. Namun selain dari itu, anda juga boleh menggunakan ekstrak susu.

Mengapa susu? Susu mengandungi bahan aktif yang boleh diekstrak menjadi asid laktat dan laktoserum yang secara klinikal terbukti mengurangkan kegatalan, rasa terbakar dan keputihan pada vagina. Kajian terhadap 71 kes keputihan menyebabkan rasa gatal dan terbakar menunjukkan pengurangan sehingga 80% setelah dirawat dengan larutan asid laktat dan laktoserum selama dua minggu.

Susu bukan sahaja mampu mengurangkan masalah keputihan tetapi tidak mengganggu pertumbuhan Lactobacillus. Bakteria baik ini penting kerana ekosistem vagina merupakan lingkaran kehidupan yang dipengaruhi oleh dua unsur utama, estrogen dan bakteria Lactobacillus.

Kerana itu, walaupun digunakan setiap hari, ekosistem vagina akan tetap terpelihara semulajadi dan pada masa yang sama merawat kesihatan vagina dengan berkesan.

1 comment: