Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Lelaki Malaysia Jahil Hubungan Seks

Marah ada, kecil hati pun ada. Kejantanan seperti tercabar. Berumah tangga sejak usia 20-an, sekarang sudah beruban, isteri sudah dua, anak hampir sedozen, bini ketiga sedang dirisik, tiba-tiba dikatakan tidak pandai melayan pasangan. Lelaki mana tidak naik darah apabila kejantanan mereka dipertikaikan. Mereka dituduh tidak reti melakukan hubungan seks.

“Ramai yang anggap teknik mereka berkesan, tetapi hakikatnya tiada buku panduan tepat dalam hubungan seks kerana ia terikat dengan pelbagai faktor. Selain setiap individu mempunyai titik kepuasan tersendiri, faktor kesihatan juga memainkan peranan utama,” ujar Profesor Madya Dr. Shamsul Bahri Ismail.

Secara klinikal ramai lelaki Malaysia tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Mereka mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangannya bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual.

Laporan akhbar Kosmo itu memang mencabar kewibawaan ramai lelaki. Teknik atas ranjang itu penting. Teknik yang sama membosankan pasangan. Oleh itu, lelaki yang bergelar suami mesti belajar teknik-teknik yang betul yang dapat memuaskan isteri. Setakat main tindih seperti berenang kuak dada, biar lamanya berjam-jam, kalau tekniknya tak kena, caranya sumbang, kisar punggung isteri tidak berentak, geliat badan isteri tidak berlagu.

Teknik memang ada pelbagai, tetapi sama ada si suami pandai menggunakannya, tidak pasti. Teknik yang betul seperti dikatakan Dr. Shamsul tentulah bukan teknik konvensional yang diguna pakai sejak dahulu kala. Teknik itu hanya berjaya memproses anak, tetapi gagal menghantar isteri ke syurga dunia. Teknik usang sesuai dengan iateri usang. Isteri baru mendambakan teknik baru lagi canggih; teknik IT katakan.
Teknik lama kalau kena dengan cara dan keadaan masih mampu mengerangkan isteri. Malam ini melentang, malam esok meniarap, lusa cuba menonggeng. Cuba angkat kaki, angkat tangan atau tukar posisi. Benda lama terasa seperti baru. Tetapi jangan sampai terkeluar tabii. Berdosa, kata ustaz.

Kata Dr. Shamsul Bahri Ismail mukadimah itu penting. Main serbu buta tanpa memberi salam terlebih dahulu tidak sopan. Pendekar terbilang sekali pun mesti membuka pencak silat dahulu barulah menikam. Kisah atas ranjang juga serupa, mula dengan mukadimah yang hebat, belaian kasih, cumbuan sayang. Kemuncak didaki ditakluki bersama. Oleh itu, lelaki harus ada teknik dan kemahiran. Kata Sang Kasavova, wanita suka lelaki pandai bercumbu; menciumnya dari dahi sampai ke hujung kaki.

Teknik dan kemahiran tidak datang bergolek. Teknik harus dipelajari. Kemahiran harus dipraktiskan. Itulah masalahnya. Usia bukan muda lagi, malu rasanya kalau terpaksa berkursus di klinik dengan pakar yang jauh lebih muda. Kalau terus dengan teknik lama yang usang, takut juga isteri bosan, terutamanya yang muda. Perempuan zaman sekarang tak boleh percaya sangat, kalau bosan memanjang, dia akan cari makan di luar. Tambah-tambah kalau ada Bangla atau Indon yang sedia memberinya makan.

Nampaknya para suami kena rajin melawat Pasar Malam cari VCD lucah. Dalam VCD ditunjukkan pelbagai teknik canggih, sesuai benar untuk dipelajari. Masalahnya hendak tengok masa mana. Anak ramai, ada lelaki dan perempuan. Tidak elok menonton benda maksiat itu di depan anak-anak. Menonton dalam bilik sama isteri? Hish, mana boleh bagi isteri tahu kita hendak belajar teknik-teknik berkelamin. Malu kita dibuatnya. Lagipun tak suspens pula. Nampaknya pertolongan daripada kawan yang masih bujang terpaksa diminta. Sesama lelaki kurang sikit malunya.

Isteri pun satu hal. Kalau sudah tahu suami tidak pandai, tolaknya tidak sedap, tariknya membosankan, beritahulah kepada suami. Kenapa hendak malu-malu. Malu biar bertempat. Perkara sepenting begini tidak boleh malu. Suami tak akan tahu kalau isteri tak beritahu pendekatan bagaimana paling selera, paling memuaskan. Tidak usah segan-segan. Bisik perlahan-lahan ke telinga suami, hendak guna gear rendah atau gear tinggi; selaju Proton Saga atau sepantas Ferrari. Bisikkan, tak usah segan silu. Dunia hanya kita berdua yang berpunya ketika itu. Kalau suami laju sangat, minta dia tunggu. Dia sayang kepada kita, dia pun mahu kita merasa kemuncaknya. Itulah kebahagiaan suami isteri apabila kedua-dua mencapai klimaks.
Dalam hal ini, kekadang suami terlalu gopoh, ego dan pentingkan diri. Dia meninggalkan isteri di belakang tanpa mengira perasaannya. Masalah ego ini masalah besar. Masalah yang menyebabkan isteri tawar hati hendak bersama suami. Semua isteri tidak mahu dibiarkan tersangkut di pertengahan jalan. Oleh itu, timbang rasa, adil dan saksama bukan sekadar dalam politik, dalam keluarga juga amat diperlukan.

Teknik yang baik dan pelbagai belum cukup. Kekuatan dan daya tahan mesti ada. Belajar berjinak-jinak dengan Tongkat Ali atau Kopi Jantan. Kacip Fatimah tidak usah dilupakan kerana khasiatnya dapat membantu.
Hari-hari Tongkat Ali, hari-hari Kopi Jantan tidak larat juga. Kesihatan harus dijaga. Senaman lakukan selalu. Kesihatan berkaitan rapat dengan senjata lelaki. Semangat berkobar-kobar, tetapi senjata tidak berfungsi, tidak membantu apa-apa. Jangan biarkan senjata lembek seperti terung rebus kerana akan membunuh perasaan isteri. Sepuluh kali gagal dalam peperiksaan tidak sesakit hati sekali gagal dalam perjalanan ke puncak berahi. Kecewa kerana tidak mendapat kepuasan nafsu terasa seperti hendak melarikan diri dari rumah. Para suami jangan pandang ringan hal ini.

Isteri juga mesti bertimbang rasa. Walaupun tiada selera, kalau suami mahu kena layan. Jangan tutup pintu syurga kerana hal ini. Tetapi layanan ala kadar, berbaring bagai ketul kayu boleh membunuh selera suami.
Masalah seksual masalah sejagat. Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Yang Berhormat dan yang tidak berhormat mempunyai masalah yang sama. Oleh itu, tidak usah segan silu pergi mencari pakar berkaitan agar masalah tersebut tidak berlanjutan sehingga membunuh selera pasangan masing-masing.

Seks Luar Lumrah Manusia

Disini dihuraikan beberapa kaedah amalan seks menyimpang di kalangan Manusia

Seks sebenarnya adalah suatu yang baik jika dilakukan dengan betul mengikut syariat dan hukum.
Ia bertujuan untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri, seterusnya untuk mendapatkan zuriat untuk meneruskan kehidupan mansuia sejagat.

Namun terdapat segelintir manusia yang ‘aneh’ dan ‘pelek’ dimana mereka tersangat ingin melakukan seks diluar batasan manusia normal. Dalam istilah perubatan dikatakan ’seks Menyimpang’ atau seks diLuar tabii’

Kalau sekali-sekala ingin mencuba, itu dianggap sebagai normal, tetapi kalau sudah menjadi kebiasaan, ia sudah ‘abnormal’ lagi.

Kebiasaan orang-orang yang mengamalkan seks cara salah ini tergulong dari manusia yang sadist, sedih, pilu, kecewa, pemabuk, zalim, bengis, egois, tidal mempunyai moral yang tinggi, yang yang berpoya-poya, suka pada night club, disko dan sebagainya.

Namun masih ada segelintir manusia yang pasif tetapi suka mengamalkan seks menyimpang seperti pondan atau maknyah dan sebagainya. Biasanya mereka dari golongan ini suka pada homeoseks, berasmara dan menghisap zakar dan sebagainya.

Untuk mengenali Seks Menyimpang disini,saya huraikan beberapa jenis yang diketahui:-

Onani, Mastbasi

Onani atau mastubasi, juga dikenali sebagai melacap, sama ada menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain, paha atau gesel-gesel dikelintik (clitoris) dikalangan remaja perempuan adalah dianggap normal dari sudut kesihatan.
Ianya akan menjadi keburukan, bila onani ini sudah menjadi melampau hingga terpaksa melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan baik fisikal dan mental.

Tidak ada satu manusia lelaki yang normal yang tidak melalukan onani dalam hidupnya. Kalau ada manusia lekai yang menyatakan mereka tidak pernah melakukan onani, mereka adalah pembohong besar.

Jika anda melakukan onani janganlah melampau kerana akibat dari onani melampau anda akan menghadapi antaranya , kemungkinan:
1. Daya ingat menjadi lemah
2. Sendi-sendi berbunyi
3. Tuboh badan menjadi sentiasa keletihan.
4. Anda akan menjadi selalu mengantuk
5. Tidur menjadi berlebihan
6. Banyak khayalan
7. Bimbang akan terjebak dengan perzinaan

Bila terjebak dengan penzinaan / rogol, anda berisiko akan menghadapi:
1. Terkena jangiktan gonorrhoea atau siflis
2. Terkena AIDS atau HIV, Herpes Genitalis
3. Jail atau dipenjara

Homoseks
Seks dikalangan lelaki sama lelaki, kebiasaanya mereka melakukan seks dengan cara memasukkan zakar ke dubur. Lelaki jenis ini jika berkahwin sekali pun, mereka tetap akan melakukan seks dengan isteri melalui dubur.
Seks beginilah puncanya penyakit AIDS atau HIV

Lesbian
Lesbian dikalangan remaja melayu tidak begitu serius. Ia berlaku dikalangan anak-anak remaja perempuan yang tinggal diasrama atau di kilang-kilang.

Biasanya kumpulan perempuan ini tidak sukakan lelaki, maka mereka beraleh melakukan cumbuan-cumbuan dikalangan sesama mereka. Satu orang bertindak sebagai lelaki dan satu orang bertindak sebagai perempuan.
Ada yang teruk hingga sanggup membeli zakar plastik dan menusukkan kefaraj temannya.
Cara ini boleh merusakkan dara anda !

Scoptophilia
Ini sejenis manusia yang suka dan seronok melihat orang lain bersetuboh. Jangan terkejut mendapati manusia ini suka melihat isterinya atau anaknya sendiri disetubohi oleh orang lain.
Mudah-mudahan tidak ada golongan ini dalam masyarakat Melayu.

Voyeirisme
Orang yang suka mengintip perempuan mandi telanjang melalui mana-mana lubang yang terdapat dirumah mereka. Ada yang sanggup tidur satu malam diatas bumbung hanya sekadar melihat suami-isteri bersetuboh. Sambil mengintai, mereka juga turut melakukan onani. Hal ini biasa berlaku dikalangan anak-anak kampong.

Podophilia
Lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak atau cucunya sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada orang dewasa

Beastially
Orang yang suka melakukan seks dengan haiwan atau binatang peliharaan seperti ayam, itek, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang dengan ular.
Anak-anak dikampong selalu mencari ayam atau kambing untuk melakukan seks jenis ini.

Fetishisme
Lelaki yang suka menyimpan dan mengumnpul barang-barang perempaun seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala dan sebagainya.

Nyamphomania
Perempuan yang kuat nafsu seks, tidak puas satu lelaki. Mereka akan melakukan seks dengan banyak lelaki.
( Ada dua kes dibawah rawatan saya dimana kes ini telah dapat dirawat dengan sempurna melalui ubat-ubat homeopati yang diimport dari Germany )

Satyriasis
Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan seks dengan banyak perempuan.

Necrophilia
Orang yang melkukan seks dengan mayat.

Incest
Melakukan seks dengan keluarga terdekat seperti ibu, adik, kakak, bapa.

Zoophilia
Orang yang suka melihat haiwan melakukan seks

Molested
Percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggong atau buah dada atau mengambil kesempatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan.

Trollisme
Lelaki yang suka melihat perempuannya disetubuhi oleh orang lain

Wifeswapping
Orang yang suka menggangu isteri dan suka lakukan seks pada isteri orang. Juga mereka suka bertukar-tukar isteri untuk seks.

Exhibitionisme
Orang yang suka melihat perempuan berjalan khusunya bahagian punggong sehingga menimbulkan keghairahan.

Saiz Zakar Ditentukan Oleh 4 Faktor?

1. Pengambilan zink ketika hamil

Kekurangan pengambilan zink ketika hamil mempengaruhi perkembangagan organ pembiakan. Namun masih kurang kesedaran pengambilan zink di kalangan ibu-ibu yang hamil. Selain itu pengambilan zink perlu di bawah nasihat doctor selama ibu mengandung.

2. Makanan ruji

Nasi adalah makanan ruji bagi masyarakat Melayu. Namun semasa pembesaran, protein lebih banyak diperlukan berbanding. karbohidrat. Yang terjadi sekarang anak-anak sekarang gemuk-gemuk tapi tidak bertulang besar. Akibatnya, zakar tidak berkembang secara optimum, selain nasi mengandungi unsure salah satu enzim yang menghalang penyerapan Zink dalam tubuh.

3. Seluar dalam

Kebiasaan memakai seluar dalam yang ketat sepanjang hari bukanlah suatu yang baik. Hindarilah memakai seluar dalam yang ketat dengan menggantikannya dengan seluar pendek dan longgar atau boxer. Peredaran darah dan pertumbuhan zakar akan lebih baik.

4. Faktor Sunat

Jangan bersunat ketika usia masih dalam pertumbuhan, biarkan kulit zakar dan zakar berkembang lebih dulu. Umur yang sesuai antara 13-14 tahun. Berkhatan pada usia ini, membuatkan kulit zakar tertarik. Boleh menconohi kebiasaan unik bangsa Afrika yang sejak remaja hingga dewasa selalu mengurut zakar mereka. Tak hairan bangsa Afrika dikenali sebagai bangsa berakar besar.

Wanita Malaysia Tidak Puas Seks

Sukar untuk mempercayainya, tetapi itulah hakikatnya. Menurut kajian sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa, 73 peratus wanita di Malaysia di dapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seks bersama pasangan mereka. Antara puncanya ialah kecenderungan mereka yg lebih mengutamakan kehidupan keluarga dan kerjaya daripada seks. hasil kajian itu juga di ragui sesetengah pihak, sudah pasti satu cabaran kepada lelaki Malaysia untuk memastikan prestasi seks mereka memuaskan.

Info faktor tidak puas seks

* bagi lelaki, masalah mencapai ereksi menjejaskan tahap kepuasan seksual
* kurang perbincangan antara pasangan
* tekanan
* masalah keluarga
* lebih mengutamakan perkara lain sebagai keutamaan hidup, berbanding isu seksual
* ia tidak berkaitan dengan peningkatan umur
* kehidupan secara keseluruhan seseorang individu mempengaruhi tahap seksualisma

Info siapa paling tidak puas?

Sumber: Pfizer Malaysia

Kenali Potensi Kekuatan Seks Melalui Raut Wajah

Bagi kaum lelaki. keperkasaan diri ialah nilai yang tidak terperi. Justeru, tidak hairanlah mereka akan melenting sekiranya tahap keperkasaan mereka dipersoalkan. Keadaan ini pastinya membuatkan kaum wanita terpaksa mengunci rapat mulut mereka demi menjaga hati pasangan.

Begitupun, bagi wanita yang ingin mengetahui keperkasaan dan spesifikasi seksual lelaki. anda kini boleh mengetahui rahsia tersebut kerana hanya dengan melihat bentuk wajah mereka segalanya pasti terbongkar.

1. Rambut terurai

Kaum lelaki yang berambut terurai adalah seorang individu yang suka berfikir dan artistik dalam hubungan percintaan dan seks. Mereka ialah individu yang serius dalam bercinta. Oleh itu, sekiranya mereka jatuh cinta, dia akan menyerahkan sepenuh cintanya pada wanita yang dicintainya.

2. Kening tebal seolah-olah bertemu di tengah

Lelaki ini digambarkan sebagai sulit untuk menemui keseimbangan dalam kehidupan seksualnya. Karakternya juga dilihat sering berubah-ubah di mana, dia boleh tiba-tiba menjadi terlalu aktif atau sebaliknya. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih cenderung pada wanita yang memilki wanita yang bersifat keibuaan yang mampu merawat dan memberi sepenuh perhatian pada mereka.

3. Kening melengkung ke atas

Lelaki yang memiliki fizikal kening seperti ini dikatakan memiliki karaketer dominan sewaktu diranjang. Sebolehnya, mereka ingin menguasai dan menawan pasangan.

4. Bermata besar

Lelaki bermata besar selalunya berfikiran terbuka. Ini berlaku sebaliknya pada mereka yang bermata kecil dan berambut kerinting kerana golongan ini memiliki keinginan seks yang tinggi.

5. Bertelinga dan berkening lebar

Memiliki tahap seksual yang tinggi serta mempunyai daya tahan yang tinggi sewaktu berhubungan. Ditambah pula dengan fesyen tanpa rambut, lelaki berkepala botak adalash seorang yang keras hati tetapi dalam masa yang sama, dia juga berhati lembut dalam sesetengah situasi.

6. Gemar mewarnakan rambut dan berbibir tipis

Golongan ini gemar mencari perhatian. Namu begitu, dalam masa yang sama dia jarang dapat memuaskan pasangannya sewaktu bersama meskipun ‘telah bekerja keras’.