Thursday, May 21, 2009

Petua Menjaga Tenaga Batin Lelaki

  • Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas.
  • Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  • Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
  • Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).
  • Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
  • Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
  • Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
  • Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

  • Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar
  • Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima?lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  • Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
  • Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Kurangkan dari memakan pisang Embun.

  • Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar
  • Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.
  • Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.
  • Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  • Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  • Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
  • Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.
  • Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
  • Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
  • Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

No comments:

Post a Comment